Pages

Friday, December 2, 2011

sUsaha Elak Krisis Mata Wang Euro


BRUSSELS, Belgium - Para Menteri Kewangan zon mata wang euro (Zon Euro) berkumpul di sini semalam dalam usaha untuk menyelamatkan 17 negara yang menggunakan mata wang itu sekali gus melindungi Eropah, Amerika Syarikat (AS), Asia dan ekonomi global daripada tsunami kewangan akibat krisis hutang.Kebanyakan pegawai bersetuju mereka tidak boleh berlengah jika mahu menyelamatkan mata wang euro tetapi krisis yang menimpa jauh lebih serius daripada yang dijangkakan.Kini, bukan sahaja mata wang euro yang digunakan oleh 332 juta orang terancam namun seperti yang diberitahu oleh Canselor Jerman, Angela Merkel dan beberapa pemimpin lain, jika mata wang euro gagal, perikatan 27 negara Kesatuan Eropah (EU) juga akan kecundang walaupun EU berjaya menyatukan benua Eropah yang sebelum ini berpecah akibat dua perang dunia.Jika mata wang euro gagal, pinjaman bank akan dibekukan, bursa saham akan runtuh manakala ekonomi Eropah akan lompong.Menurut ramalan firma kewangan UBS, negara-negara Zon Euro akan mendapati ekonomi masing-masing merosot sehingga 50 peratus jika situasi mata wang tersebut berlaku.Kegawatan kewangan dan ekonomi akan merebak dengan AS dan Asia dihimpit masalah pembekuan kredit manakala eksport kedua-dua rantau berkenaan ke Eropah turut runtuh.Senario yang berlaku pasti lebih dahsyat daripada krisis hutang 2008 yang menyusul ekoran krisis gadai janji yang berlaku di AS."Jika Eropah mengecil ataupun jika Eropah berdepan masalah, ia menyebabkan lebih sukar untuk kami menyediakan peluang pekerjaan yang baik di AS," kata Presiden AS, Barack Obama semasa menemui beberapa pegawai EU di Washington kelmarin.Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Kewangan Perancis, Francois Baroin menyatakan dalam wawancara bersama stesen radio France-Info semalam bahawa negara-negara EU perlu mengintegrasi bajet masing-masing dengan lebih rapi dan saling memantau dalam aspek perbelanjaan negara."Kita perlu mengubah pentadbiran Zon Euro," katanya.Seramai 17 menteri kewangan Zon Euro akan berbincang untuk mengeluarkan bon Eropah yang dinamakan bon euro sebagai kaedah setiap negara akan menjamin negara lain yang mengalami krisis hutang dalam EU. - Agensi

Artikel Asal, http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1130&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

Tuesday, November 29, 2011

Perang Mata Wang Tercetus Tahun 2012?

Tindakan banyak negara menurunkan sendiri nilai mata wang tanpa mengikut permintaan pasaran dijangka menyebabkan berlakunya perang mata wang - Reuters

NEW YORK 2 Nov. - Perang mata wang dunia dijangka tercetus tahun depan berikutan lebih banyak negara menurunkan sendiri nilai mata wang mereka tanpa mengikut permintaan pasaran, kata satu kaji selidik di sini. Jangkaan itu dibuat oleh 64 peratus para eksekutif tukaran mata wang asing yang menjalani kaji selidik di Persidangan Bloomberg FX di sini.

Keputusan kaji selidik yang melibatkan lebih 270 pegawai bank, pengurus portfolio, pedagang dan pegawai kewangan di firma-firma utama itu membincangkan aliran pasaran mata wang asing dan juga tinjauan masa hadapan ekonomi untuk beberapa tahun akan datang.

PBB Beri Amaran Krisis Dolar

NEW YORK 26 Mei - Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kemungkinan berlakunya krisis keyakinan terhadap dolar Amerika Syarikat (AS) jika nilai mata wang asing itu terus menurun berbanding mata wang utama lain.

Tinjauan Divisyen Ekonomi PBB terhadap ekonomi dunia mendapati kejatuhan nilai mata wang dolar adalah berbahaya terhadap sistem kewangan global. Laporan PBB yang merupakan perkembangan terkini turut menyatakan kadar pertukaran dolar berbanding kumpulan mata wang utama lain telah mencecah paras terendah sejak 1970-an.

Venezuela Bawa Pulang Simpanan Emas RM35.1 bilion

Beberapa kereta perisai membawa emas di Caracas.
CARACAS - Venezuela kelmarin menerima penghantaran pertama simpanan jongkong emas negara berkenaan yang berada di seberang laut, kata Presiden Hugo Chavez. Chavez berkata, penghantaran tersebut dibuat selepas Venezuela meminta semua simpanan emasnya di luar negara dipulangkan.

Simpanan emas Venezuela itu di beberapa buah bank Eropah termasuk Britain itu dibawa dengan sebuah penerbangan dari Paris. Askar-askar kemudian mengawal emas tersebut yang diisi ke dalam sekurang-kurangnya lima buah kereta perisai menuju ke Bank Pusat di Caracas.

Pada Ogos lalu, Chavez mengumumkan rancangan mendapatkan kembali simpanan emas Venezuela di luar negara berjumlah 211.35 tan dan bernilai AS$11 billion (RM35.1 bilion).

Beliau juga mengisytiharkan hasratnya untuk memindahkan aset cair Venezuela berjumlah AS$6.2 (RM19.5 bilion) bilion yang disimpan di Bank Switzerland, Britain, Perancis dan Amerika Syarikat (AS) ke negara rakan seperti China, Rusia dan Brazil. - AFP

Kosmo Online
30 November 2011
5 Muharram 1433

Klik DI SINI untuk membaca artikel asal. 

Friday, November 11, 2011

6 Tips Memahami Naik Turun Harga Emas

Sejarah harga emas 2 tahun. Trend sentiasa menaik.

Untuk memudahkan sahabat fahami perangai harga emas, saya senaraikan 6 tips penting. Walaupun mungkin kita tak faham analisis teknikal harga emas (yang agak rumit), insyaAllah kita boleh faham serba sedikit pasal naik turun harga emas ni.

Tips #1: Bila Harga Memucak Tinggi - Perangai harga emas, bila ia naik puncak tertinggi, ia akan turun dulu seketika sebelum naik balik ke puncak yang baru.

Cuma berapa banyak ia akan naik, dan berapa banyak ia turun, tak siapa yang tahu. Bila harga emas cecah puncak yang baru, itu masanya untuk jual emas bagi sesiapa yang nak pakai duit dalam masa terdekat. Bila harga emas turun, tambahkan lagi simpanan emas. Jangan tunggu harga turun lagi sebab ia akan naik balik pada bila-bila masa. Ramai kenalan saya yang tunggu harga paling rendah tapi akhirnya terpaksa beli harga lebih tinggi!

Wednesday, October 26, 2011

Cara Simpan Emas Dengan Selamat

Perkara pertama yang sahabat perlu tahu, Ar-Rahnu bukanlah tempat simpan emas. Ia tempat untuk dapatkan pinjaman bercagarkan emas. So, menyimpan emas di Ar-Rahnu adalah merugikan kalau tak tahu menggandakan keuntungan dengan duit pajak tu.

Keduanya, simpan emas ni senang  jer, cuma bagi orang baru dia rasa takut sebab ia dia rasa nilainya tinggi. Padahal, simpan kereta dan barang berharga lain tu lagi berisiko besar berbanding simpan emas. Risiko hilang kereta lagi besar daripada hilang emas. Itu semua mindset jer. Kalau dah lama nanti, kita rasa selamber jer… (“,)

Sebagai panduan asas, ini 5 tips penting untuk pastikan emas kita disimpan dengan selamat:

Tip 1: Jangan bagi tahu sesiapa

Ini paling penting. Kalau beli emas, jangan bagi tahu sesiapa kecuali isteri ataupun suami jer. Tak perlu tunjuk pada kawan-kawan koleksi emas yang kita ada. Duduk diam-diam sudah… (“,)

Monday, October 17, 2011

8 Tips Membeli Barang Kemas Bernilai Tinggi

Ada juga sahabat yang berhajat nak melabur dalam emas, tapi terbeli barang kemas. Nasihat saya, kalau nak beli barang kemas, jangan sekadar untuk perhiasan, tapi jadikan ia sebagai aset (harta). Maksudnya, bila nak pakai duit, barang kemas tu boleh ditukar kepada duit dengan nilai yang tinggi.

Jangan lupa, tak semua barang kemas boleh jadi asset bernilai tinggi. Ada barang kemas yang akan terus susut nilai 25% - 50% lepas kita beli. So, untuk pastikan barang kemas tu bernilai tinggi, ikut tip-tip penting ni bila nak beli barang kemas:

Tip #1: Beli barang kemas 999 (24k) atau 916 (22k) sahaja

Kedua-dua jenis ketulenan emas tu mempunyai nilai tertinggi untuk jangka panjang. Emas 999 (kandungan emas 99.9%) jarang dibuat barang kemas sebab ia telalu lembut dan mudah lekuk. Untuk kenal emas 999 dan 916 ialah cek pada bahagian belakang barang kemas tu sebab biasanya ia akan ditempa dengan cop “999” dan “916”. Satu lagi, kalau dibakar, ia tak tinggalkan kesan kehitaman.